Wajah Rahsia Hati Lyrics

Dalam kehidupan ini,
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka,
sering berganti,
meninggalkan kesan abadi.

lagu retro putar semula,
kembalikan nostalgia zaman remaja,
dua hati kini bersama-sama,
detik-detik indah remaja,
suka duka bersama,
pacar bawah bulan purnama,
lafaz hikmah, ku cintakan mu,
ucap pula, ku mahukan mu,
cinta kini mula bersemi,
dua insan yang jatuh hati,
siapa sangka boleh terjadi
terukirnya cinta pandang pertama,
rindu merindu, ku terkenangkan mu,
begitu indahnya,
oh zaman remaja.

Dalam kehidupan ini,
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka,
sering berganti,
meninggalkan kesan abadi.

Warna-warna kehidupan mewarnai kegelapan,
yang mencari cahaya yang memberi sebuah harapan,
untuk menerajui hidup yang penuh duka lara,
bermulanya epik teruna mencari dara,
SELITAN: kedengaran (kedengaran) siulan anak-anak muda,
gadis manis berlalu,
mengenyitkan mata,
mencuba, menggoda,
jelingannya yang manja,
SELITAN: kau, tertawan, hatiku kini pasrah, menunggu si dia,
dalam kehidupan remaja,
suka duka kongsi bersama,
gelak ketawa, keriangan dilalui bersama,
SELITAN: *** di hari bersama, perjalanan yang kekal hingga ke akhirnya.

Dalam kehidupan ini,
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka,
sering berganti,
meninggalkan kesan abadi.

oh, oh,
ini rangkap ketiga (ya betul),
cinta memangnya indah,
namun indahnya,
kadar berbisa,
mula bercinta,
akhirnya berpisah,
hati kecewa,
semua kerana,
keasyikan asmara mengkaburi minda hargai,
cahaya kasih sayang yang kau miliki moga,
kebahagiaan berterusan kekal selamanya.

oh, berdebar-debar hatinya,
kali pertama bertentang mata,
inikah pengalaman,
harus ditempuhi tiap insan.

Dalam kehidupan ini,
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka,
sering berganti,
meninggalkan kesan abadi.
(3X)

Si Ali dan Asmida.
(ChDr)

Dalam kehidupan ini,
yang terindah,
melalui usia remaja,

Newest Urban Method Lyrics

  1. Wajah Rahsia Hati